My Add

Saturday 17 November 2012

Hadi tidak sentuh hudud

*ABDUL Hadi Awang (dua dari kiri) dan Nik Aziz Nik Mat (tengah) bersama barisan kepimpinan Pas Pusat dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU, jumaat, 16 NovEMBER, 201: Usaha Pas untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terus menjadi tanda tanya apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang langsung tidak menyentuh perkara tersebut dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di sini hari ini.

Sebaliknya, Abdul Hadi dalam ucapannya lebih memberikan tumpuan kepada persiapan jentera parti menghadapi pilihan raya umum bagi memastikan Pas memenangi sebanyak mungkin kerusi yang ditandinginya.

"Saya mengarahkan semua pihak dalam parti supaya berada di tahap bersiap siaga paling tinggi untuk menghadapi pilihan raya umum kerana kita akan berdepan dengan mainan nakal serta provokasi media dan Barisan Nasional (BN) yang terus-menerus melaga-lagakan pemimpin Pas ke tahap yang tidak dapat kita bayangkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment