My Add

Monday 5 November 2012

Henti politikkan hukum hudud

*AHMAD Zahid Hamidi (dua kiri) menerima replika cek projek tanaman selingan bagi tanaman kelapa matag daripada Noh Omar pada majlis penyampaian bantuan Projek Pemulihan Kelapa Matag di LPP Bagan Datoh, Simpang Tiga, Bagan Datoh, Perak semalam.

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
BAGAN DATOH, AHAD, 04 November, 2012: Pemimpin pakatan pembangkang terutama Pas diminta menghentikan tindakan mempolitikkan hukum hudud dengan menuduh kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia bagi menentang hukum tersebut.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, MCA sebagai komponen Barisan Nasional (BN) kini dijadikan sasaran sedangkan polemik hukum hudud bermula daripada dalam pakatan pembangkang sendiri apabila ia ditentang keras DAP.

Menurut beliau, kenyataan terbaharu Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek memberi mesej jelas bahawa parti itu tidak memusuhi Islam sebaliknya menentang hukum hudud versi Pas sebagai sebuah parti politik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment