My Add

Wednesday 7 November 2012

Hentikan langgar sempadan agama lain: Raja Nazri 

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
KUALA LUMPUR, RABU, 07 November, 2012: Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, perbuatan melanggar sempadan agama lain secara keterlaluan atau terbuka wajib dihentikan secara serta-merta dan dicegah daripada terus berlaku kerana dibimbangi mencetuskan tragedi buruk.

Titah baginda, sensitiviti agama tidak mengizinkan perkara agama diperdebatkan secara terbuka kerana yang kurang arif berkemungkinan terlajak kata sehingga memetik contoh-contoh yang jahil.

"Bara keagamaan jangan dinyalakan kelak nanti terbakar diri, kelak nanti terhangus negeri.

"Kebelakangan ini garis sempadan menyentuh agama Islam kelihatan semakin berani dilanggar malah ada di kalangan bukan Islam semakin lantang mencabar perkara-perkara berkaitan Islam melalui ucap kata, bernada mempersendakan syariat, memperkecil akidah umat Islam, merendah-rendahkan amalan Islam," titahnya ketika menyampaikan Syarahan Perdana Budaya: Institusi Raja Berpelembagaan: Kelangsungan Negara Bangsa", di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment