My Add

Tuesday 20 November 2012

Hilangkan diri sangka gagal dapat 5A

*FAUZIAH Hasan (tengah) memujuk Hafiz Shakirin Abd. Halim sambil diperhatikan oleh Norlida Mohd. Yusof di SK Bandar Uda 2, Johor Bahru, Johor, semalam.
JOHOR BAHRU, ISNIN,19 November, 2012: Gara-gara namanya lambat disebut dan ramai rakan sekelasnya mendapat 5A, Hafiz Shakirin Abd. Halim, 12, nekad melarikan diri dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Uda 2, di sini kerana menjangkakan dia tidak mendapat keputusan 5A.

Tindakannya itu mendorong ibunya, Norlida Mohd. Yusof menelefon polis memaklumkan anaknya lari dari sekolah manakala bapanya, Abd. Halim Abd. Manan mencari di merata-rata kawasan sekolah ketika keputusan diumumkan oleh guru bertugas di sekolah tersebut.

Ketiadaan Hafiz Shakirin, murid Tahun 6 Berlian menimbulkan rasa cemas guru-guru dan ibunya yang menangis sepanjang 'kehilangan' anak sulungnya daripada dua beradik selama kira-kira dua jam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment