My Add

Wednesday 7 November 2012

Hubungan AS-Malaysia akan terus diperkukuhkan: Duta AS

KUALA LUMPUR, RABU, 07 November, 2012: Hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia, serta dengan Asean dan Asia secara amnya, akan terus diperkukuhkan dan diaktifkan walau apa pun keputusan pilihan raya presiden AS.

Duta AS ke Malaysia, Paul W. Jones berkata, AS akan terus memberi fokus pada Asia.

Mengenai perundingan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), katanya parti utama dan para pemimpin di AS menyokong pendirian itu.

"TPP akan menjadi tema yang besar pada Sidang Kemuncak Asia Timur yang akan diadakan di Kemboja dari 18-20 Nov," katanya pada satu taklimat media mengenai pilihan raya presiden AS 2012 di sini hari ini, iaitu kira-kira sejam sebelum pengumuman keputusan pilihan raya itu.

Jones berkata, inisiatif baharu itu kemungkinan dibincangkan pada sidang kemuncak itu.

"Isu lain yang akan menjadi fokus utama ialah penyeludupan kehidupan liar," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment