My Add

Sunday 18 November 2012

Hudud: Pas perlu jelaskan
 
*DR. MAHATHIR Mohamad diberi penerangan oleh Dr. Mohamed Ezani Md. Taib (kiri) mengenai alat pembedahan jantung sambil diperhatikan oleh Musa Aman (kanan) di majlis tahunan ATCSA 2012 di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.
Oleh HISYAMUDDIN AYUB
KOTA KINABALU, SABTU, 17 November, 2012: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pelaksanaan hukum hudud yang mahu dilakukan oleh Pas perlu bersifat adil selaras dengan ajaran Islam yang mahukan keadilan ditegakkan.

Dr. Mahathir berkata, beliau mahu penjelasan daripada Pas bagaimana cara hukuman hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu jika mahu memberi keadilan kepada pesalah Muslim dan orang bukan beragama Islam jika membuat kesalahan.

Kata beliau, rakyat juga ingin tahu macam mana pelaksanaan hukuman hudud kepada orang Islam dan bukan beragama Islam, selain hukum hudud macam mana yang hendak dilakukan di negara ini.

"Saya nak (hendak) tahu, hudud macam manakah yang mahu dilaksanakan oleh Pas?. Adakah ia sama seperti di Afghanistan yang mengenakan hukum tembak kepada isteri yang curang.

"Jika hudud seumpama itu yang mahu dilaksanakan oleh Pas di negara ini, ia pastinya tidak boleh diterima olah masyarakat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas beliau, jika Pas mahu melaksanakan hukum hudud mengikut ajaran Islam sepenuhnya, ia tidak menjadi masalah kerana tafsiran hukum hudud adalah tidak sama dan ia mengikut pemahaman masing-masing.

Kata beliau, Islam dengan jelas menyuruh penganutnya untuk bersifat adil dan melakukan hukuman juga dengan adil.

Sehubungan itu kata beliau, Pas perlu memperjelaskan jenis hukuman yang akan dikenakan ke atas Muslim dan bukan orang Islam jika hukum hudud mahu dilaksanakan oleh parti itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment