My Add

Friday 16 November 2012

Hukum hudud akan dilaksana

*HARUN Taib ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Pusat Kali Ke-51 di Perdana Resort, Kota Bharu, semalam. Turut kelihatan timbalannya, Datuk Ahmad Yacob (kiri).

KOTA BHARU, KHAMIS, 15 November, 2012: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menjelaskan, pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum nanti.

Beliau berkata, sekiranya Pas mendapat majoriti dalam Parlimen, undang-undang berkaitan hukum hudud akan dibentangkan dan sekiranya mendapat sokongan serta diluluskan ia akan menjadi undang-undang negara.

"Dalam pakatan kita sudah bersetuju secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud, tetapi syariat Islam itu akan dilaksanakan bila kita berjaya untuk mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia, tapi syariat Islam itu akan dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment