My Add

Saturday 17 November 2012

Imigresen, PDRM siasat kehadiran dua peguam Perancis: Hishammuddin

KUALA LUMPUR, SABTU,  17 November, 2012: Kerajaan sudah menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkaitan bagi menyiasat isu kehadiran dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham ke Dewan Negara, Khamis ini untuk memberi taklimat berhubung kes kapal selam Scorpene.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau sudah meminta laporan terperinci daripada Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu ini.

“Sekiranya perlu ditahan maka mereka akan ditahan tapi ia perlu ada asas yang kukuh.

“Itu saya serahkan kepada agensi dan pihak berkenaan untuk melakukan siasatan bersandarkan insiden yang berlaku sekarang,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Justeru, katanya, beliau menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak mempolitikkan keadaan ini walau apa juga keputusan yang akan dibuat nanti. -BH

No comments:

Post a Comment