My Add

Thursday 15 November 2012

Indonesia kaji kemasukan rakyatnya ke Malaysia

JAKARTA, RABU, 14 November, 2012: Kerajaan Indonesia akan melaksanakan penilaian menyeluruh terhadap kemasukan rakyat negara itu ke Malaysia berikutan tercetus beberapa kes melibatkan kebajikan dan keselamatan tenaga kerja negara itu baru-baru ini.

Pada masa sama, pemerintah Indonesia juga akan meningkatkan pemeriksaan dalam usaha membanteras masalah tenaga kerja negara itu yang memasuki Malaysia secara haram.

"Secepat mungkin kami akan melakukan penilaian secara total terhadap arus penghijrahan rakyat Indonesia ke Malaysia dan meningkatkan keselamatan mereka.

"Hal ini diadakan berikutan beberapa kes yang melibatkan perlindungan warganegara Indonesia dan tenaga kerja kita di sana (Malaysia)," kata Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar di sini hari ini.

Selain aspek keselamatan dan kebajikan rakyat Indonesia khususnya yang membanjiri Malaysia, Muhaimin turut menegaskan, kerajaan negara itu juga telah melantik beberapa peguam tempatan untuk melakukan pembelaan terhadap mana-mana warganegaranya yang terlibat dalam pelbagai kes. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment