My Add

Tuesday 20 November 2012

Indonesia terbit sukuk di Malaysia

KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 November, 2012: Golden Assets International Finance Ltd, unit Golden Agri-Resources Ltd (GAR) telah menyelesaikan terbitan sulung nota jangka sederhana Islam (IMTN) RM1.5 bilion yang akan diterbitkan di Malaysia.

Program IMTN yang diterbitkan dalam nilai ringgit itu diadakan untuk tempoh 15 tahun dengan nilai RM5 bilion.

GAR, kumpulan perladangan minyak sawit terbesar Indonesia, ketika ini disenaraikan di Singapore Exchange Securities Trading Ltd.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, Malaysia merupakan lokasi ideal bagi terbitan sukuknya memandangkan pasaran sukuk yang mantap.

"IMTN mempunyai tempoh lima tahun dan akan matang pada November 2017," kata syarikat itu.

OSK Investment Bank Bhd. dan RHB Investment Bank Bhd. berfungsi sebagai penasihat prinsipal bersama utama bagi program itu dan juga pengurus utama bersama/penaja jamin bersama dan pelanggan utama IMTN.

Pengerusi/ketua pegawai eksekutifnya, Franky O. Widjaja berkata, sukuk itu akan menyokong strategi GAR dengan mengukuhkan kedudukan kewangannya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment