My Add

Monday 19 November 2012

Industri pembinaan RM90b
 
 *LAKARAN artis Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan
 Petrokimia di Pengerang, Johor.
Oleh FADZLY IZAB
MELAKA, AHAD, 18 November, 2012: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yakin dapat mencapai nilai projek pembinaan sebanyak RM90 bilion menjelang hujung tahun ini melalui perlaksanaan beberapa projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Pengurus Besar Kanan CIDB, Megat Kamil Azmi Megat Rus Kamarani berkata, perlaksanaan projek ETP yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu sehingga kini telah mencatat jumlah sebanyak RM85 bilion.

"Jumlah ini dijangka mampu mencecah sehingga RM90 bilion menjelang 2013 dengan wujudnya pelbagai projek di bawah ETP termasuk Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia yang bakal dilaksanakan di Pengerang, Johor," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Program Khidmat Komuniti Kolobrasi CIDB dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Pantai Peringgit, di sini hari ini.

Menurut Megat Kamil, CIDB turut menyasarkan peningkatan pertumbuhan bilangan projek pembinaan sebanyak empat peratus pada tahun hadapan.

Jelas beliau, jumlah pertumbuhan tersebut disasarkan meningkat sebanyak empat peratus pada tahun depan dengan adanya pelbagai projek pembinaan di bawah ETP termasuk Transit Aliran Massa (MRT).

"Peningkatan jumlah projek pembinaan ini bakal memberi impak kepada kira-kira 65,000 kontraktor di bawah CIDB termasuk 73 peratus daripadanya golongan bumiputera," ujarnya.

Katanya lagi, bahagian pasaran dalam sektor tersebut juga dijangka berkembang pada 2013 berikutan perlaksanaan projek kerajaan serta swasta yang terus meningkat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment