My Add

Friday 2 November 2012

Isu ambil alih Carrefour: Aeon masih perlu rujuk polisi ditetapkan

PUTRAJAYA, JUMAAT, 02 November, 2012: Syarikat peruncitan utama Jepun, Aeon Co Ltd. (AEON) masih perlu merujuk kepada polisi dan garis panduan yang ditetapkan kerajaan dalam urusan pengambilalihan operasi Carrefour Malaysia membabitkan kira-kira 15.1 bilion yen.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka tertakluk kepada garis panduan jawatankuasa pemborongan dan pengedaran yang dipengerusikan ketua setiausaha kementerian itu, Datuk Saripuddin Kasim.

"Ini merupakan keputusan perniagaan antara Carrefour dan Aeon. Kita tak campur urusan pembelian. Tetapi perlu memohon kepada kementerian dari segi kebenaran untuk menjual dan AEON mesti memohon kebenaran daripada kita untuk membeli.

"Selain itu ia juga tertakluk kepada syarat untuk memastikan ekuiti bumiputera 30 peratus itu dipatuhi," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan 14 jenis barangan terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2012 di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment