My Add

Sunday 18 November 2012

Isu Rohingya: ASEAN mesti sepakat

PHNOM PENH, Kemboja, SABTU, 17 November, 2012: Malaysia hari ini menekankan pentingnya kesepakatan ASEAN dalam membantu menangani krisis antara masyarakat Islam Rohingya dengan penduduk beragama Buddha di wilayah Rakhine, Myanmar.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, negara mengalu-alukan langkah-langkah yang diambil oleh Myanmar untuk mengembalikan keamanan dan ketenteraman di wilayah itu namun bimbang dengan krisis kemanusiaan yang kian meruncing.

Situasi di Myanmar itu di samping konflik Palestin dan isu Laut China Selatan mendominasi perbincangan mengenai isu serantau dan antarabangsa pada Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) yang diadakan sebelum Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan di sini hari ini.

Bercakap kepada wartawan Malaysia, Anifah memberitahu, Menteri Luar Myanmar melaporkan mengenai perkembangan terkini situasi di negaranya termasuk usaha pihaknya menghentikan tindakan Kesatuan Eropah (EU) menaja resolusi tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Myanmar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment