My Add

Tuesday 6 November 2012

JAKIM lancar direktori industri halal Malaysia

   *MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil
   Khir Baharom menunjukkan isi kandungan "Malaysia Halal Industry
   Directory2013" pada majlis pelancaran buku direktori itu di Jabata
   Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Putrajaya, hari ini. - Foto
   BERNAMA
                                  *PEGAWAI Pemasaran Eksekutif KasehDia Sdn Bhd, Wan Nor 
                                  Idawati Wan Ibrahim menunjukkan buku "Malaysia Halal Industry
                                  Directory 2013" selepas majlis pelancaran direktori itu yang 
                                  disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, 
                                  Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Jabatan Kemajuan
                                  Islam Malaysia (JAKIM), Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA


PUTRAJAYA, SELASA, 06 November, 2012:, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini melancarkan Direktori Industri Halal Malaysia yang mengandungi indeks lengkap pengusaha premis makanan, pengilang produk serta rumah sembelihan yang mempunyai sijil dan logo halal diiktiraf.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata direktori itu bukan saja membantu pengguna tetapi juga sebagai rujukan tepat untuk golongan usahawan.

"JAKIM akan memastikan direktori ini dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya pada majlis pelancaran direktori, di sini.

Direktori ini juga akan diguna Jakim dalam usaha mempromosikan negara ini sebagai hab halal, katanya.

Katanya, direktori itu yang mengandungi senarai 1,060 syarikat tempatan akan berada di pasaran bermula pertengahan bulan depan.

Setiap naskhah dijual pada harga RM25, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment