My Add

Saturday 17 November 2012

Janda anak 8 ditangkap khalwat dengan lelaki Bangladesh

LEDANG, JUMAAT, 16 NovEMBER, 2012: Seorang ibu tunggal beranak lapan yang baru sahaja tamat tempoh idah selepas diceraikan kali ketiga oleh suaminya, ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki Bangladesh di sebuah rumah di Sungai Mati, dekat sini, malam semalam.

Dalam serbuan oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) kira-kira pukul 11.30 malam itu, pasangan terbabit didapati sedang berbaring di atas katil di dalam sebuah bilik yang disewa oleh lelaki warga asing itu.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, pihaknya menunggu selama lima minit sebelum pintu rumah dibuka oleh seorang lelaki iaitu rakan kepada lelaki Bangladesh itu.

''Lelaki warga asing itu kemudian menangis ketakutan sebaik sahaja penguat kuasa menyoal siasatnya. Wanita berusia 38 tahun itu pula memberi alasan hanya menumpang bermalam di rumah itu kerana tiada tempat tinggal selepas dihalau oleh keluarga. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment