My Add

Thursday 15 November 2012

Jangan jadi 'pak turut'

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
 KUALA LUMPUR, RABU, 14 November, 2012: Majlis 'Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal' Sabtu lalu mewakili beribu-ribu ahli Pas yang mahu parti itu kembali kepada perjuangan asal iaitu menegakkan Islam serta negara Islam dan bukannya menjadi 'pak turut' kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bekas aktivis Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama penanya C. N. Al-Afghani berkata, pemimpin Pas harus sedar kehadiran mereka bukannya atas dasar paksaan tetapi kerana mahu melihat Pas berubah kepada perjuangan asal.

Sehubungan itu, beliau berkata, barisan kepimpinan Pas wajar membuang ego dan menerima pandangan ahli-ahli akar umbi secara terbuka kerana hakikatnya perjuangan parti tersebut kini semakin tersasar terutama selepas menyertai pakatan pembangkang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment