My Add

Friday 16 November 2012

Jangan pandang remeh titah sultan

SHAH ALAM, KHAMIS, 15 November, 2012:Umat Islam khususnya orang Melayu diingatkan agar tidak memandang remeh titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu mereka sentiasa berwaspada terhadap sebarang bentuk pemikiran, hasutan atau dakyah oleh pihak tertentu yang boleh merosakkan akidah dan syirik kepada Allah.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Abdul Shukor Idrus berkata, titah baginda itu adalah satu amaran kepada umat Islam mengenai ancaman yang dihadapi ketika ini.

"Ia menunjukkan Sultan Selangor prihatin mengenai ancaman terhadap akidah serta perpaduan umat Islam bukan hanya di Selangor tetapi seluruh negara.

"Sebagai umat Islam, kita tidak harus memandang remeh sebaliknya bersama-sama merenung mesej oleh Tuanku agar kita terus bersatu dan menolak mana-mana pengaruh yang boleh merosakkan akidah," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment