KUALA LUMPUR, SELASA, 27 November, 2012: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menggesa semua ahli supaya memberi komitmen walaupun tidak terpilih kerana amalan sabotaj memberi kesan kepada parti.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Seri Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata UMNO kini sedang menghadapi senario politik berbeza daripada 12 pilihan raya umum (PRU) terdahulu dan kesepaduan antara semua pihak sangat penting bagi menggelakkan dari sebarang risiko.
"Di samping menggerakkan jentera parti menghadapi PRU agenda utama kita adalah untuk membela bangsa, agama dan negara. Kita tidak boleh lari dari landasan ini dalam pada masa yang sama kesiapsiagaan adalah paling utama.
"Jika tahun lalu perhimpunan mungkin perhimpunan terakhir, sekarang ini bukan kemungkinan lagi tapi ini adalah perhimpunan terakhir sebelum menjelang PRU," katanya ketika mengulas mengenai sesi Taklimat Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Justeru, katanya, semua ahli perlu mempertahankan kuasa di kawasan yang sudah ditakluki dari jatuh ke tangan pembangkang dan menawan semula kawasan yang dikuasai pembangkang
Sementara itu, Ketua UMNO Sik, Datuk Mohd Tajudin Abdullah berkata, amanat yang disampaikan Presiden sangat penting kerana pilihan raya boleh berlaku pada bila-bila masa.
Mohd Tajudin berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu untuk mengekalkan kuasa pemerintahan negara tetapi setiap anggota perlu memenuhi syarat yang ditetapkan Presiden.
"Formula utama yang ditekankan adalah setiap ahli perlu bersatu padu. Setiap perwakilan bahagian mesti memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, bukan tunggu rakyat mencari kita tetapi wakil rakyat sendiri perlu cari dan bantu rakyat," katanya.
Selain itu, Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhd Khairun Aseh Che Mat, berkata sekarang sudah tiba masa untuk UMNO melaksanakan anjakan terhadap generasi.
Khairun berkata, ini penting berdasarkan kepada jumlah pengundi muda yang terdapat di negara ini sekarang.
"Ini adalah peralihan generasi dalam UMNO," katanya ketika ditemui BH Online selepas sesi Taklimat Preiden, hari ini. - BH
No comments:
Post a Comment