My Add

Wednesday 7 November 2012

JPAM kerah 11,000 anggota sukarelawan

 JASIN, SELASA, 06 November, 2012: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengerahkan sebanyak 11,000 anggota termasuk sukarelawan bersiap siaga bagi menghadapi banjir di negara ini yang dijangka berlarutan sehingga Mac tahun depan.

Ketua Pengarah JPAM, Datuk Sulaiman Keling berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 5,000 anggota telah dikerahkan membuat pemantauan serta membantu mangsa banjir di empat negeri termasuk Melaka, Perak, Selangor dan Johor.

Menurut beliau, setakat ini, gerakan membantu mangsa-mangsa banjir dapat dilaksanakan dengan sempurna dengan bantuan pelbagai agensi berkaitan.

"Seperti agensi lain, JPAM juga bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan kerana kebiasaannya antara Oktober hingga Mac tahun depan adalah waktu berlakunya taburan hujan yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya banjir," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment