My Add

Saturday 17 November 2012

Jurujual didakwa samun lelaki

PETALING JAYA, JUMAAT, 16 November, 2012:: Seorang jurujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan samun berkumpulan menggunakan sebilah pisau terhadap seorang lelaki membabitkan kerugian RM6,000 bulan lalu.

Chin Chee Fui, 24, didakwa bersama-sama dua lagi yang masih bebas menyamun dua buah telefon bimbit, seutas rantai emas dan wang tunai RM840 milik Chap Wei Loon, 31.

Chin didakwa mengikut didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Rozina Ayob membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan, sebulan sekali sehingga kes selesai.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt manakala tertuduh diwakili peguam Nor Azri Mohd Arif.

Mahkamah menetapkan 17 Disember depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment