My Add

Saturday 10 November 2012

Kanak-kanak menderita leukemia rayu bantuan RM40,000

*FARIDAH Abd. Rahman (kiri) dan Rosni Shaari bersama Nur Ain Sakinah
Rosni (kanan) dan Muhammad Alif Irfan yang menghidap leukemia di Lahar
Tunjung, Kubur Panjang, Pendang, Kedah, semalam.

PENDANG, JUMAAT, 09 November, 2012: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di sini yang menderita penyakit leukemia merayu bantuan orang ramai bagi menampung kos pemindahan sum-sum tulang belakangnya sebanyak RM40,000.

Nur Ain Sakinah Rosni dari Kampung Lahar Tunjung, Kubur Panjang, disahkan menghidap penyakit itu Mac lalu dan dia perlu mendapatkan rawatan kemoterapi setiap minggu di Hospital Pulau Pinang memandangkan penyakitnya kini berada pada tahap dua.

Ibunya, Faridah Abd. Rahman, 47, berkata, walaupun doktor belum memutuskan tarikh bagi menjalani pemindahan sum-sum tulang yang akan didermakan anak sulungnya, Mohd. Safiudin, 19, dia bimbang kerana tidak mempunyai wang sebanyak itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment