My Add

Saturday 17 November 2012

KDNK suku ketiga 5.2 peratus

*ZETI Akhtar Aziz (dua dari kanan) menjawab soalan pemberita mengenai pertumbuhan ekonomi negara di Kuala Lumpur, semalam.

Oleh AZMAN IBRAHIM dan NUR NAZLINA NADZARI
KUALA LUMPUR 16 Nov. - Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.2 peratus pada suku ketiga berbanding 5.8 peratus pada suku yang sama tahun lalu walaupun negara menghadapi suasana ekonomi yang mencabar.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, seperti yang dijangkakan, keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku ketiga sedikit terjejas berikutan pasaran eksport yang menyusut.

Katanya, terdapat kelemahan dalam permintaan pasaran dari luar negara terutamanya dalam eksport barangan dan perkhidmatan.

Menurut beliau, eksport bersih negara menyusut tiga peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu manakala import negara tumbuh dengan lebih pantas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment