My Add

Saturday 10 November 2012

Kedai tayar terbakar, pemilik rugi lebih RM3j

*ANGGOTA bomba berusaha mengawal api daripada merebak ke bangunan 
lain dalam satu kebakaran kedai tayar dekat Pekan Lido, Jalan Penampang Lama,
Kota Kinabalu, semalam.

KOTA KINABALU, JUMAAT, 09 November 2012: Seorang ahli perniagaan kerugian lebih RM3 juta apabila kedai tayarnya yang terletak berhampiran Pekan Lido di sini terbakar hari ini.

Kejadian pukul 12 tengah hari itu turut memusnahkan tiga buah premis berhampiran tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pemilik kedai tayar itu, Lee Gee Chung, 52, berkata, semasa kejadian, dia bersama tujuh lagi pekerja sedang bekerja sebelum dimaklumkan terdapat api kecil akibat litar pintas.

"Api namun merebak pantas dan kami hanya sempat menyelamatkan beberapa kelengkapan seperti komputer riba dan dokumen sahaja. Saya bersyukur kerana kesemua pekerja sempat menyelamatkan diri dan tiada sesiapa yang tercedera," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment