My Add

Tuesday 20 November 2012

Kenyataan Nik Aziz melampau

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
 KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 November, 2012: Hanya gerakan khawarij sahaja yang sanggup mengkafirkan saudara seagama sebagaimana tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggambarkan UMNO yang memiliki lebih tiga juta ahli Islam sebagai parti murtad.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad bagaimanapun berkata, beliau sendiri tidak tergamak melabelkan Pas gerakan khawarij kerana percaya ramai pemimpin parti itu menolak kenyataan melampau Nik Abdul Aziz tersebut.

Katanya, belum pernah berlaku dalam sejarah gerakan Islam sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam sanggup melabel parti lawan sebagai murtad, tetapi Pas melalui Nik Abdul Aziz dilihat mengambil tugas Allah SWT menghukum UMNO sedemikian rupa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment