My Add

Wednesday 7 November 2012

Keputusan pilihan raya Presiden AS tidak jejas polisi kerjasama

Oleh KAMIL MASLIH
KUALA LUMPUR, RABU, 07 November, 2012: Keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) yang diketahui hari ini tidak akan menjejaskan sebarang polisi atau rangka kerjasama antara negara itu dan Malaysia.

Duta AS ke Malaysia, Datuk Paul W. Jones berkata, dasar luar negaranya secara berterusan memberi tumpuan mengukuhkan hubungan dengan negara-negara ASEAN yang bakal membentuk Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

"Pembangunan pesat Malaysia adalah amat mengkagumkan dan sesiapa pun terpilih sebagai Presiden mahu meneruskan momentum kerjasama dan interaksi dalam bidang pendidikan, perdagangan dan keselamatan," katanya pada Program Pilihan Raya Presiden AS di sini hari ini.

Keputusan pilihan raya itu menyaksikan Barack Obama dipilih semula sebagai Presiden AS ke-57 untuk tempoh empat tahun akan datang selepas lawannya dari Republikan, Mitt Romney mengaku kalah.

Keputusan awal pilihan raya tersebut menyaksikan Obama menerima 303 undi pemilih berbanding Romney 206 undi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment