My Add

Wednesday 7 November 2012

Kerajaan peruntuk RM3 bilion bagi BR1M 2.0

KUALA LUMPUR, RABU, 07 November, 2012: Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) mulai Januari 2013, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

“Pembayaran itu akan dilakukan menjelang 15 Januari hingga 15 Mac 2013,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Pendaftaran bagi BR1M 2.0 bermula 1 November hingga 31 Disember 2012.

"Permohonan bermula 1 November sehingga 31 Disember. Kita harap sesiapa yang tidak membuat permohonan ketika BR1M yang pertama, harap mereka akan buat pada kali ini," katanya ketika ditemui di seminar jualan dua hari oleh pakar jualan dan pemasaran, Bob Urichuck, hari ini.

Seminar itu dianjurkan Kumpulan Syarikat Job Hunt dan menarik lebih 300 peserta.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BRIM 2.0 ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen pada 28 September lalu.

Rakyat yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan layak mendapat bantuan tunai RM500. 

Mengenai pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, Lim berkata, Malaysia gembira dengan hubungan semasa dengan negara itu.

"Amerika adalah satu negara penting. Amerika ialah negara dagangan ketiga terbesar kita yang berjumlah 10 peratus daripada keseluruhan perdagangan kita," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment