My Add

Tuesday 20 November 2012

Kerajaan terus bantu pemain industri pertahanan negara

KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 November, 2012: Kerajaan komited membantu pemain industri pertahanan tempatan supaya lebih berkembang sesuai dengan peningkatan permintaan terhadap produk keselamatan khususnya dalam kalangan negara ASEAN.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama serta bantuan daripada agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dilihat mampu membawa industri tersebut berkembang lebih pesat.

"Hasilnya beberapa langkah yang dibuat bersama untuk membawa syarikat-syarikat negara ini ke Vietnam dan Kemboja telah dilakukan di samping rundingan bersama Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei.

"Semua usaha ini bertujuan membantu ahli Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES) mempromosi dan memperluas perniagaan mereka ke rantau Asia seterusnya ke peringkat global," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment