My Add

Tuesday 27 November 2012

Kertas putih bukti Talam diselamatkan - Tee Yong

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 November, 2012: Pendedahan kertas putih berhubung pengambilalihan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) membuktikan berlaku usaha menyelamat atau bail out syarikat itu daripada hutang.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, pengambilalihan itu jelas merugikan kerajaan negeri Selangor melalui Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) kerana terpaksa menanggung hutang sebanyak RM266 juta dan kos faedah sebanyak RM86 juta.

Ujarnya, kertas putih itu langsung tidak menjelaskan bagaimana RM266 juta tersebut diperolehi untuk membayar hutang Talam dan juga kos penilai swasta yang dilantik.

"Lebih parah, diskaun sebanyak RM36 juta juga telah diberikan kepada Talam walaupun perjanjian penyelesaian sebelum ini telah tamat pada tahun 2008 dan sehingga sekarang tiada sebarang penjelasan diberikan," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment