My Add

Thursday 8 November 2012

Kes bunuh warga emas selesai, suspek utama diberkas

SHAH ALAM, RABU, 07 November, 2012: Kes bunuh warga emas, Sadariah Tubasar (gambar) , 65, yang mati selepas mukanya tumbuk, ditekup dengan bantal dan mulutnya disumbat tuala dalam kejadian pecah rumah di Parit Enam Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam Ahad lalu selesai selepas suspek utamanya diberkas hari ini.

Suspek berusia 35 tahun yang merupakan bekas banduan dan dipercayai penagih dadah ditahan di sekitar Sabak Bernam kira-kira pukul 2 petang ini.

Tangkapan itu merupakan yang kedua selepas suspek pertama diberkas di Slim River, Perak pada petang Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Noor Mushar Mohamad berkata, pihaknya akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Kuala Selangor esok. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment