My Add

Tuesday 27 November 2012

KL diiktiraf keempat destinasi membeli-belah terbaik di dunia

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 November, 2012: Rangkaian berita global, CNN hari ini mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai bandar keempat terbaik di dunia destinasi membeli-belah mendahului beberapa bandar besar lain termasuk negara jiran.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, pengiktirafan tersebut diberikan berdasarkan empat kriteria yang ditetapkan iaitu kesenangan pelancong untuk ke destinasi membeli-belah dan kepelbagaian jenama serta butik.

"Dua kriteria lagi termasuklah nilai kepada wang yang menyaksikan Kuala Lumpur satu-satunya diberi markah penuh (10) dan faktor terakhir adalah pengalaman kepada pelancong seperti keindahan bandar dan kecekapan pekerja," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengumumkan perkara itu di salah sebuah hotel di ibu negara.

Sementara itu, New York diiktiraf oleh CNN sebagai bandar terbaik untuk membeli-belah diikuti dengan London dan Tokyo. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment