My Add

Sunday 18 November 2012

Konsep pluralisme agama boleh rosakkan akidah-ilmuwan Islam

KUALA LUMPUR, AHAD, 18 November, 2012: Kalangan pemikir Islam hari ini melahirkan kebimbangan terhadap penularan konsep pluralisme agama di negara ini yang menurut mereka sekiranya dibiarkan berleluasa boleh merosakkan akidah umat Islam terutama di kalangan generasi muda.

Justeru, mereka berharap semua umat Islam tanpa mengira profesion serta kedudukan dalam masyarakat memainkan peranan bersama-sama pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri memerangi fahaman ini agar kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini akan terus terpelihara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bekas Mufti Kedah Datuk Syeikh Hassbullah Abd Halim yang melahirkan kerisauan itu berkata fahaman pluralisme agama itu menganggap semua agama itu sama nilaiannya di sisi tuhan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment