My Add

Saturday 10 November 2012

KPDNKK jamin barang kepeluan mencukupi

BERA, SABTU, 10 November, 2012:  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi jaminan kesemua 14 jenis barangan yang disenaraikan dalam skim kawalan harga sempena perayaan Deepavali Selasa ini adalah mencukupi.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bekalan barang-barang keperluan seperti daging kambing tempatan dan import, telur, bawang merah, kentang dan tepung mencukupi bagi menampung permintaan dan peniaga juga dibenarkan membuat stok simpanan barang keperluan itu lebih daripada biasa bagi mengatasi kekurangan bekalan.

“Semasa membuat tinjauan di Pasar Sentul semalam, harga barangan termasuk daging kambing tempatan dan import didapati lebih murah daripada biasa dan bekalannya juga mencukupi.

“Malah kita juga tidak menerima sebarang aduan berhubung kekurangan bekalan barang-barang kawalan sempena Deepavali," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment