My Add

Saturday 17 November 2012

Krisis Kuin semakin meruncing

*KHAIRUL Anuar Ramli (kiri) menunjukkan beberapa dokumen berhubung isu penyelewengan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah sambil diperhatikan Saiful Ambar Abdullah Ambar pada sidang akhbar di Kulim, Kedah, semalam. - UTUSAN/Kamal Basir

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
KULIM 16 Nov. - Ketika krisis yang melanda Kolej Universiti Insaniah (Kuin) semakin meruncing, satu bukti berhubung penyelewengan pentadbiran institusi pengajian tinggi di bawah kerajaan Pas Kedah itu didedahkan hari ini.

Perkara itu dibongkar oleh Badan Bertindak Antipenyelewengan Kedah yang tampil bersama dokumen yang mendedahkan tindakan Kuin menggunakan minit mesyuarat palsu dalam perbicaraan kes saman melibatkan Syarikat Shake Cuisine Sdn. Bhd. baru-baru ini.

Presiden badan bertindak tersebut, Khairul Anuar Ramli mendakwa, minit mesyuarat berkenaan direka untuk menafikan perjanjian awal yang ditandatangani oleh pihak Kuin dan syarikat terbabit pada 26 Februari 2009. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment