My Add

Sunday 4 November 2012

KUIN diperintah bayar RM1.599 juta kepada syarikat pengusaha asrama

SUNGAI PETANI, AHAD, 04 November, 2012: Mahkamah Tinggi Alor Setar memerintahkan Kolej Universiti Insaniah (KUIN), milik kerajaan Kedah, membayar RM1.599 juta kepada Syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd pada 31 Oktober lalu kerana kegagalan melunaskan bayaran perkhidmatan yang disediakan syarikat itu.

Pengarah Urusan syarikat itu, Shaikh Faisol Shaikh Yusoff berkata, beliau lega dengan keputusan itu walaupun jumlah bayaran yang diperoleh hanya bagi baki bayaran kontrak.

Pada Mac lepas, Shaikh Faisol membuat tuntutan di mahkamah terhadap KUIN sebanyak RM1.599 juta untuk baki bayaran dalam kontrak, RM200,000 bagi kerugian kos bayaran sewa stor barang serta kerugian akibat tidak dapat meneruskan perniagaan lain berjumlah RM1,259,939 selain faedah pada kadar lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relief.

Katanya, syarikat itu menyediakan perkhidmatan kepada 300 pelajar KUIN di cawangan KUIN Sungai Petani bagi tempoh tiga tahun bermula Januari 2009 hingga Disember 2011 dengan kadar bayaran ditetapkan dalam perjanjian sebanyak RM200 sebulan untuk setiap pelajar.

Kos berkenaan merangkumi kos perkhidmatan asrama (kediaman) dan pengangkutan untuk seramai 300 pelajar, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata mengikut kontrak, jumlah bayaran keseluruhan mengikut persetujuan kedua-dua pihak sehingga selesai tempoh perjanjian adalah RM2.160 juta.

Akibat kegagalan defendan mematuhi terma perjanjian dengan sempurna, pihak plaintif mengalami kerugian apabila terpaksa menanggung kos sewa rumah, pembelian barang-barang keperluan dan kos-kos berkaitan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment