My Add

Friday 16 November 2012

Kursus terlalu banyak, punca krisis Kuin

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
,ALOR SETAR, KHAMIS, 15 November, 2012: Tindakan Kerajaan Pas Kedah yang terlalu 'rakus' mewujudkan lebih 40 kursus di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menjadi antara punca institusi pengajian tinggi itu berdepan dengan pelbagai masalah ketika ini.

Bekas Pengerusi Kuin, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tawaran kursus yang terlalu banyak dipercayai bagi tujuan komersial memberi kesan negatif kepada pentadbiran dan pengurusan kolej universiti berkenaan selepas jumlah pelajar memasukinya tidak mencapai sasaran.

"Kuin perlu menyediakan segala keperluan termasuk prasarana, pensyarah dan membayar gaji kakitangan tetapi apabila jumlah kemasukan pelajar tidak mencapai sasaran, kolej universiti itulah yang terpaksa menanggung kos pentadbiran serta pengurusan.

"Bahkan apabila banyak sangat perkara nak urus, maka akan timbul banyak kekurangan disebabkan kelemahan pentadbiran daripada kerajaan negeri sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment