My Add

Wednesday 21 November 2012

Lagi desak PKNS ambil alih hutang

*P*ENDUDUK Bandar Baru Bangi berkumpul di hadapan pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di Laman Seri, Seksyen 13 untuk mengadakan demonstrasi aman dan menyerahkan tuntutan mengambil alih hutang kediaman mereka.

Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL 
SHAH ALAM 20 Nov. - Para pembeli rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak berputus asa apabila terus mendesak perbadanan itu mengambil alih hutang perumahan mereka.

Dengan tuntutan yang sama seperti ribuan pembeli rumah PKNS lain sebelum ini, sekumpulan 70 pembeli rumah yang rata-ratanya rakyat kurang berkemampuan mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabat anak syarikat kerajaan negeri itu hari ini.

Mereka mendesak supaya perbadanan tersebut membantu mengambil alih hutang perumahan mereka selain mahu kerajaan negeri membantu mengelakkan kediaman mereka dilelong pihak bank. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment