My Add

Thursday 22 November 2012

Lajim khianati rakyat Sabah

BEAUFORT, RABU, 21 November, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin keluar daripada Barisan Nasional (BN) bukan sahaja satu pengkhianatan kepada parti tetapi seluruh rakyat Sabah.

Bagaimanapun kata Timbalan Perdana Menteri, tindakan tersebut tidak akan melemahkan UMNO dan BN untuk terus memperhebatkan usaha membantu rakyat dan membangunkan negeri ini.

“Sebelum datang ke sini saya dengar banyak cerita kerana beberapa bulan lalu, sahabat saya, Datuk Lajim membuat keputusan meninggalkan BN dan sebab itu ada pihak kata ada ribuan pengundi ikut beliau keluar BN.

“Tetapi tanggapan itu salah kerana kehadiran saya di sini dapat melihat hakikat sebenar bahawa walaupun Lajim tidak bersama BN, rakyat masih menyokong BN dan jumlah yang hadir hari ini mungkin lebih separuh daripada pengundi (di Kuala Penyu)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Bersama Rakyat Kuala Penyu yang dihadiri kira-kira 7,000 rakyat di Padang Pekan Kuala Penyu, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyempurnakan gimik pelancaran projek penggantian paip air baharu di Kuala Penyu bernilai RM49 juta yang telah dimulakan sejak Ogos lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment