My Add

Thursday 22 November 2012

Laporan kepada audit tak lengkap

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
 PUTRAJAYA, RABU, 21 November, 2012: Tiada laporan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) ke atas pengambilalihan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diserahkan kepada firma audit KPMG Transaction & Restructuring Sdn. Bhd. (KPMG).

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong (gambar) mendakwa, tindakan itu telah menyebabkan skop penilaian firma audit tersebut terhad dan tidak mencakupi aspek undang-undang.

"Hanya penilai swasta digunakan. Contoh klasik adalah penilaian JPPH ke atas tanah Bukit Beruntung 2 di mana penilaian kerajaan negeri adalah RM113 juta tetapi kerajaan PKR memutuskan untuk membeli tanah tersebut pada nilai RM345 juta," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Tee Yong, ketiadaan dokumen JPPH itu juga menyebabkan skop penilaian firma audit itu terhad kepada penilaian yang dibuat oleh firma penilai harta Suleiman & Co yang dilantik sendiri oleh kerajaan negeri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment