My Add

Monday 26 November 2012

Laporan siasatan letupan kapal tangki siap Februari

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 November, 2012: Laporan lengkap siasatan tragedi letupan kapal tangki Bunga Alpinia milik MISC Berhad di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol di Labuan dijangka siap sepenuhnya Februari depan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Jelaing Mersat berkata, pasukan penyiasat Jabatan Laut Malaysia bertanggungjawab menyiasat kejadian itu selaras dengan keperluan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

"Jumlah kerugian masih belum diketahui. Tuntutan kerugian akan diselesaikan di antara pemilik kapal dan pihak insurans," katanya menjawab soalan tambahan Azmin Ali (PKR-Gombak) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut Jelaing, kejadian letupan dan kebakaran kapal tangki Bunga Alpinia yang berlaku pada 26 Julai lalu mengorbankan lima orang anak kapal.

"Seramai 24 orang anak kapal berjaya diselamatkan dalam insiden itu. Mangsa yang terkorban terdiri daripada empat orang warga Malaysia dan seorang warga Filipina," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment