My Add

Sunday 11 November 2012

Laporan suruhanjaya khas akan diteliti

KOTA BHARU, SABTU, 10 November, 2012: Kerajaan akan meneliti terlebih dahulu sebarang cadangan yang bakal disyorkan oleh Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam sebelum bertindak melaksanakannya.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa berkata, laporan penuh mengenainya akan diserahkan suruhanjaya berkenaan menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, pelaksanaan terhadap sebarang cadangan itu penting bagi menjaga kepentingan penjawat awam terutama mereka yang sudah sampai tahap gaji maksimum.

“Suruhanjaya tersebut yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi itu akan mengkaji skim kerajaan serta perkhidmatan awam dan dijangka menyerahkan laporan mengenai isu gaji ini menjelang 31 Disember nanti," katanya selepas majlis pecah tanah surau dan gelanggang futsal Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment