My Add

Saturday 10 November 2012

Lawatan Muhyiddin kukuh kerjasama Malaysia-Australia

MELBOURNE JUMAAT, 09 November, 2012: Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Australia akan mengukuhkan kerjasama dengan Malaysia terutama dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Salman Ahmad, berkata lawatan itu penting kerana hubungan perdagangan antara kedua-dua negara bernilai kira-kira RM36 bilion (USD12 bilion) setahun.

Katanya, Muhyiddin akan mengunjungi Melbourne, Brisbane dan Gold Coast dalam lawatan selama sembilan hari itu.

Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran dijadual tiba malam esok dan mula bertemu kumpulan profesional dan pelajar Malaysia Ahad ini.

"Melbourne dalam negeri Victoria adalah antara tumpuan rakyat Malaysia kerana ada kira-kira 40,000 rakyat negara kita bekerja di sini.

"Hampir 9,000 pelajar Malaysia pula melanjutkan pengajian di beberapa universiti seperti Monash University, Swinburne University dan Melbourne University," katanya di sini, hari ini. - BH

No comments:

Post a Comment