My Add

Saturday 17 November 2012

Lebih 1,000 berhimpun bantah keganasan Israel

*MOHAMED Hatta Shaharom (tengah) mengetuai demonstrasi secara aman dan menyerahkan memorandum bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/IRWAN MAJID

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 16 November, 2012: Lebih 1,000 orang mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini bagi mengecam serangan udara Israel terhadap Wilayah Gaza, Palestin semalam.

Dengan laungan 'Allahu Akbar' serta membawa kain-kain rentang yang menyokong Palestin, perhimpunan itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim rejim Zionis serta dasar AS yang 'merestui' serangan tersebut.

Demonstrasi yang diadakan selepas solat Jumaat itu merupakan anjuran bersama tiga buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Ikram Malaysia, Aqsa Syarif Berhad serta Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Himpun). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment