My Add

Thursday 15 November 2012

Lebih 450 banduan di penjara Myanmar dibebaskan

YANGON (Myanmar), KHAMIS, 15 November, 2012:: Presiden Thein Sein mengarahkan supaya lebih 450 banduan dibebaskan selepas mendapat pengampunan, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada tahanan politik termasuk dalam senarai kumpulan itu.

Media negara itu berkata, pada masa lalu pembebasan tahanan termasuk tahanan politik dan penjenayah biasa.

Pengumuman itu dibuat menjelang lawatan pertama Presiden Barack Obama ke negara itu selepas dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk penggal kedua.

Sebelum ini, Washington berulang kali menggesa Myanmar membebaskan tahanan politik negara itu dan ratusan aktivis terkenal yang dipenjarakan ketika pemerintahan tentera junta dibebaskan.

Media tempatan berkata, beberapa banduan asing yang ditahan turut dibebaskan. - AP

No comments:

Post a Comment