My Add

Wednesday 7 November 2012

Lelaki ditemui mati dalam kapal persiaran

GEORGETOWN, SELASA, 06 November, 2012:: Seorang lelaki warga China ditemui mati dalam sebuah bilik di kapal persiaran Star Virgo tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata mayat Sun Hing Wei, 22, yang bekerja sebagai pengemas bilik di dalam kapal itu ditemui dalam bilik tidur oleh rakan sebiliknya.

Rakannya hanya menyedari kematian Sun selepas kapal itu berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang tengah hari semalam selepas belayar dari Singapura.


"Mayat Sun dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat pada 10 pagi tadi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan pada badan lelaki berkenaan dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment