My Add

Wednesday 14 November 2012

Maahad tahfiz mohon sumbangan orang ramai

Oleh MUHAMMAD AMIR AZAMI
KUALA LUMPUR, RAB,  14 November, 01: Maahad Tahfiz Akademi Iqro Al-Quran (Matiq) merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan bagi membiayai kos operasi sekolah tersebut.

Sekolah yang beroperasi di No. 7, Jalan Avenue 1, Avenue Ampang dekat sini memerlukan sumbangan bagi menampung perbelanjaan bulanan termasuk makanan para pelajar, gaji tenaga pengajar, sewa bangunan dan bil-bil utiliti.

Tenaga pengajar sekolah tersebut, Mohd. Amir Ismail berkata, kos pengurusan bulanan Matiq itu kini mencecah kira-kira RM40,000.

“Sebelum ini, kami menyewa tiga unit rumah kedai bagi keselesaan pelajar untuk belajar selain menggunakan satu unit bagi operasi memproses air berkarbonat dan mineral untuk dijual.

“Selepas beberapa bulan, perniagaan itu terpaksa dihentikan disebabkan satu daripada tiga unit rumah kedai tersebut terpaksa dilepaskan bagi mengurangkan perbelanjaan bulanan sekolah ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Matiq ketika ini mempunyai sebanyak 120 pelajar dengan 70 daripada mereka ditaja oleh ahli sekolah itu sendiri manakala bakinya adalah hasil sumbangan individu dan syarikat korporat.

Menurut Mohd. Amir, sekolah itu ketika ini hanya mempunyai tiga buah bilik darjah sekali gus menyebabkan penghuninya belajar dalam keadaan kurang selesa dan bersesak-sesak.

Dalam pada itu, kata beliau, syarikat korporat yang menyumbang secara tetap sebanyak RM1,000 sebulan akan diberikan satu slot ceramah di syarikat mereka oleh ustaz-ustaz dari sekolah berkenaan.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan terus ke akaun Maybank 5622 5450 1589 atas nama

Akademi Iqro' Al-Quran Bestari atau menghubungi Mohd. Amir di 012-2582792. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment