My Add

Wednesday 21 November 2012

Majlis Fatwa Kebangsaan digesa nyata pendirian berhubung isu doa Pas

GEORGETOWN, RABU, 1 November, 2012: Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) hari ini menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendirian mengenai tindakan PAS membaca doa untuk menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Presiden KMPP, Rahmad Isahak, berkata umat Islam di negara ini masih menunggu kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi mendapatkan penjelasan dan fatwa mengenai perbuatan berdoa seumpama itu.

"Dalam isu perhimpunan 'Bersih' telah difatwakan sebagai haram bagi umat Islam menyertainya, tapi itu adalah isu duniawi. Namun, dalam isu doa ini adalah isu akhirat yang perlu mendapat fatwa," katanya di sini, hari ini.

Jumaat lalu, PAS mengadakan solat hajat sempena Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 di Stadium Sultan Muhammad IV di Kelantan dan adik Menteri Besar Kelantan, Nik Razi Nik Mat ketika memimpin doa dalam solat hajat itu berdoa supaya UMNO dan BN dihancurkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment