My Add

Thursday 8 November 2012

Majlis Raja-raja beri anugerah untuk Chong Wei, Pandelela

KUALA LUMPUR khamis, 08 NovENBER, 2012: Majlis Raja-Raja Melayu pada mesyuaratnya di Istana Negara di sini hari ini memutuskan untuk menganugerahkan Pingat Emas Jaya Kecemerlangan kepada pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg sebagai menghargai sumbangan mereka mengharumkan nama negara.

Pada temasya Sukan Olimpik London Ogos lepas, kedua-dua mereka telah membawa balik pingat untuk negara dengan Chong Wei menggondol pingat perak dalam acara badminton, dan Pandelela pula merangkul pingat gangsa dalam acara 10m platform individu wanita.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata ini adalah kali pertama Majlis Raja-Raja Melayu menganugerahkan pingat tersebut kepada olahragawan, olahragawati dan ahli sukan.

"Sebelum ini, Majlis Raja-Raja hanya menganugerahkannya kepada siswazah cemerlang yang dipilih oleh universiti-universiti awam tempatan, iaitu dua pingat bagi setiap sebuah universiti," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment