My Add

Tuesday 27 November 2012

Malaysia, Bangladesh sepakat tangani jenayah

PUTRAJAYA, ISNIN, 26 November, 2012: Malaysia dan Bangladesh hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi mencegah dan menangani jenayah rentas sempadan yang lebih lengkap dengan penyediaan pelindungan keselamatan tambahan dalam pelaksanaan kerajaan dengan kerajaan berhubung pemerdagangan manusia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, memorandum tersebut memberi mesej jelas kepada sindiket pemerdagangan manusia bahawa kedua-dua negara tidak akan berkompromi dalam isu tersebut.

''Malaysia dan Bangladesh amat serius dalam usaha menangani jenayah rentas sempadan. MoU ini adalah bukti kerjasama strategik antara negara sumber dan negara destinasi yang boleh dijadikan model dan contoh kepada negara-negara lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment