My Add

Tuesday 27 November 2012

Malaysia di landasan betul - Najib

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 November, 2012: Malaysia kini di landasan yang betul dalam mentransformasi ekonominya untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi.

Beliau berkata pelan pembangunan sosioekonomi bagi 2013 bakal menyaksikan pertumbuhan sebanyak lima peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Pertumbuhan KDNK yang kukuh setakat ini akan membolehkan kita berusaha mendapatkan pertumbuhan lebih tinggi daripada lima peratus pada 2013. Selari destinasi kita menjadi negara berpendapatan tinggi," katanya menerusi laman Twitter.

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.2 peratus berbanding 5.6 peratus pada suku ketiga tahun 2012 dengan sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan sebagai penyumbang utama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment