My Add

Thursday 15 November 2012

Malaysia dijangka terima LNG pertama daripada arang batu 2015

GOLD COAST, RABU, 14 November, 2012: Malaysia dijangka menerima penghantaran pertama gas asli cecair (LNG) yang dijana daripada arang batu (CSG) melalui projek usaha sama Petronas bersama tiga syarikat lain di Gladstone, Queensland sebagaimana diunjurkan pada suku pertama 2015.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, projek tersebut sangat penting kepada Petronas kerana menjadi sebahagian daripada aspirasi negara membangunkan kaedah bukan konvensional dalam perniagaan LNG global.

Muhyiddin berkata, projek yang dibangunkan secara usaha sama antara Petronas, Santos, Total dan Kogas mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak di Australia.

``Projek tersebut berjalan lancar dan kita harap

kerjasama rapat semua pihak terlibat akan membuahkan kejayaan besar.

``Petronas juga komited untuk menjayakan projek ini termasuk memastikan projek berkenaan memenuhi segala syarat dan keperluan yang berkaitan dengan kesihatan, keselamatan dan piawaian alam sekitar,'' katanya dalam kenyataan kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment